Minda kita cepat memberikan kita apa yang kita mahu apabila kita memfokus pada 1 perkara saja pada satu masa apatah lagi apabila kita sentiasa gembira. Idea-idea yang muncul ketika itu membuahkan strategi unik yang mungkin tak pernah terfikir oleh orang lain.
Macam kita fokus cahaya matahari pakai kanta pada sekeping kertas saja pada satu masa, sudah tentu kertas tu terbakar habis punya. Cuba kita fokuskan pada dua keping kertas secara berganti-ganti, 3 saat untuk satu kertas, rasa-rasanya boleh terbakar habis tak kedua-dua kertas tu?
Pada peringkat permulaan, usah nak terlalu tamak nak berjaya sangat dengan kadar cepat, kemudian banyak pula.
Bina dulu satu kejayaan pada satu masa. Bila dah berjaya dicapai, baru berpindah kepada perkara lain untuk membina kejayaan dalam bidang lain. Dalam masa yang sama, jangan abaikan perkara yang dulu.
Cuba kita ambik contoh dengan memandu dua buah kereta dalam satu masa yang sama, ke satu tempat yang sama. Apabila kita start dua kereta serentak, pastu kita drive dua-dua, peruntukkan 5 minit untuk satu kereta, rasa-rasanya boleh jalan dengan bagus tak?
Mungkin YA, mungkin tidak. Tapi ikut logik biasanya tidak, melainkan kita minta tolong ngan orang pandu kereta lagi satu.
Takkan kita nak pandu kereta ni, kita tinggalkan dulu pastu kita keluar untuk drive kereta lagi satu tadi tu? Dah tentu memakan banyak tenaga, menghabiskan banyak masa.
Begitu juga dengan usaha kita dalam kehidupan sebenar. Bina satu kejayaan dulu, tumpahkan semua usaha ke situ, cari ilmu untuk majukan diri dalam bidang tu kemudian pantau prestasi supaya semangat menjadi semakin jitu.
No comments:
Post a Comment