Tuesday, November 3, 2009

3 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Untuk Kekal Fokus

Pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk meletakkan fokus dalam apa jua perkara yang anda ingin lakukan. Maksud fokus disini ialah menyelesaikan satu perkara yang ingin dilakukan. Jika anda melakukan dua perkara dalam satu masa, maka ia tidak boleh dikatakan fokus.

Fokus dapat memberikan banyak kelebihan kepada diri anda iaitu ia dapat meningkatkan produktiviti anda ketika melakukan sesuatu. Tidak percaya? Katakanlah anda kini sedang membaca artikel ini melalui desktop / laptop anda dan menumpukan sepenuh perhatian tanpa menghindarkan sebarang gangguan, saya pasti anda akan dapat memahami isi kandungan yang ingin saya sampaikan. Betul atau tidak? :)

Untuk kekal fokus, anda perlu mempunyai perancangan yang rapi dalam jadual harian anda. Serta mempunyai motivasi diri untuk melakukan tindakan. Saya akan kongsikan 3 perkara yang anda harus lakukan untuk kekal fokus.

1. Tuliskan “TO-DO” dalam kertas setiap hari

Dengan menulis apa yang harus anda lakukan setiap hari, anda kini telah merancang perjalanan kehidupan seharian anda. Ia juga dapat membina sifat disiplin dalam diri anda dan memaksimakan penggunaan masa anda apabila menjalani kehidupan seharian anda.

2. Apabila melakukan sesuatu, elakkan daripada berfikir benda lain (gangguan).

Perkara ini seringkali terjadi kepada saya (mungkin juga pada anda). Apabila kita melakukan sesuatu kerja, pasti ada gangguan. Disinilah ketahanan mental anda akan diuji. Anda perlu cuba sedaya upaya untuk mengelak gangguan tersebut daripada memanipulasikan diri anda.

3. Selesaikan kerja yang anda rancang

Ini merupakan perkara yang paling penting. Kini anda sudah merancang dan bertindak serta mengelakkan diri daripada gangguan yang tidak dikehendaki. Tetapi perkara yang paling kritikal ialah menghabiskan kerja yang anda rancang atau dengan erti kata lain “Finish what you have started”. Latih diri anda untuk menghabiskan kerja yang anda rancang. Saya akui pada mulanya agak sukar. Tetapi lama kelamaan anda akan biasa dengan keadaan sebegini dan percayalah, anda akan mula menyukainya. :)


sumber : Motivasi Kejayaan

Sunday, November 1, 2009

Gabungan Fikiran Negatif dengan Emosi Negatif Membuat Kita Bertemu Pelbagai Masalah

Motivasi Kejayaan – Gabungan Fikiran Negatif dengan Emosi Negatif Membuat Kita Bertemu Pelbagai Masalah


Dalam tips motivasi lepas, saya terangkan kesan dari gabungan fikiran positif dengan emosi-emosi positif. Kali ni saya terangkan kesan dari gabungan fikiran negatif dengan emosi-emosi negatif.

Fikiran negatif adalah sangkaan buruk pada orang lain, pada apa yang mereka lakukan, pencapaian mereka dan sikap mereka. Fikiran negatif ada pada orang yang suka mengomplen, suka mengata dan suka bercakap hal-hal buruk oran.

Elak untuk berfikiran negatif. Elak untuk beremosi negatif seperti marah, geram, dendam, sakit hati, tertekan atau tak puas hati sebab kesannya amat teruk.

Emosi-emosi ni semua jika digabung dengan fikiran negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif dan orang-orang negatif yang akhirnya membuat kita bertemu dengan pelbagai masalah yang tak ada hentinya. Mungkin juga kita akan ditemukan dengan kegagalan-kegagalan yang tidak berkesudahan.

Kita tak nak macam tu..kita nak mencapai kejayaan dalam hidup, bukan permasalahan.

Fikiran negatif kerjanya memusnahkan – memusnahkan usaha-usaha kita, kerajinan kita dan kejayaan-kejayaan kita sama ada kejayaan besar atau kejayaan kecil yang kita dah bina. Ada orang yang dah berjaya, kejayaannya hilang musnah sedikit demi sedikit sebab dia berfikiran negatif simply dengan beremosi negatif. Hidupnya pula dilanda masalah-masalah yang tak berhenti munculnya.

Kita sebagai manusia sangat beremosi memang mudah dihinggapi emosi-emosi negatif sebab orang disekeliling kita ramai yang macam tu. Kita mudah untuk terperangkap dengan emosi-emosi negatif. Sebab itulah kita mesti bijak kawal emosi, berushaa kekalkan rasa gembira, berusaha membuat diri kita ‘feel good’ sepanjang hari supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi menggembirakan seperti yang kita mahukan selama ini.

Bila kita gembira sentiasa, kita akan mudah mencapai apa yang kita hajatkan. Jadi, berusahalah menggembirakan diri sendiri.

Kekalkan keseronokan bekerja, kekalkan rasa bahagia di dalam hati kita, kekalkan rasa bersyukur pada Allah Yang Maha Esa, nikmati rasa cinta yang mekar berbunga di sanubari kita supaya kita terhindar dari emosi-emosi negatif.

Motivasi Kejayaan – Gabungkan Fikiran Positif dan Emosi Positif


Fikiran positif akan lebih memberi kesan apabila diiringi dengan emosi-emosi positif. Apa dia emosi-emosi positif? Rasa gembira, perasaan ceria, cinta, kesyukuran dan keseronokan.

Cuba test sendiri dalam sehari, kekalkan selama mungkin emosi-emosi positif ni. Anda akan perasan situasi di sekeliling Anda akan berubah sama. Kesannya, Anda akan ‘feel good’ sepanjang hari.

Dari pemerhatian saya, orang-orang berjaya sentiasa berfikiran positif kemudian sentiasa beremosi positif walau buruk cemanapun musibah yang muncul dalam hidup mereka. Sebab itulah mereka berjaya mencapai apa yang mereka matlamatkan dan apa yang mereka targetkan dalam kerjaya mereka.

Emosi-emosi positif mendorong mereka untuk bertemu dengan berbagai jenis kejayaan - dari kejayaan kecil sampailah kepada kejayaan besar, termasuklah kejayaan menyelesaikan berbagai jenis masalah.

Kita dapat mempelajari sesuatu hari ini. Kekalkanlah emosi-emosi positif dalam diri kita selama yang mungkin, sedalam yang mungkin.

Teruskan melatih diri untuk berfikiran positif supaya dengan gabungan kedua-duanya, kita dalam mencapai kejayaan dalam hidup kita. Moga kita mencapai apa yang kita hajatkan dalam apa yang kita usahakan selama ini.

Fikiran positif ada kuasanya tersendiri dalam merubah hidup. Fikiran positif ia menemukan kita dengan situasi-situasi positif dan orang-orang positif. Akhirnya akan membuat kita bertemu dengan kejayaan-kejayaan yang selama ni kita selalu idamkan.

Motivasi Diri – Bersangka Baik dengan Kritikan Negatif


Orang kritik kita sebab diorang nampak perbuatan kita salah pada pandangan mereka. Kita, jika tak ada orang kritik,selama itulah kita merasa apa yang kita buat dah betul walaupun pada hakikinya masih salah. Kita akan syok sendiri.

Kritikan negatif
dapat memperbetulkan perbuataan kita. Kritikan membuat kita tahu apa cara yang betul.

Tak semua orang tahan dengan kritikan apatah lagi kritikan negatif yang membunuh semangat. Disebalik kritikan, ada ilmu-ilmu pengetahuan yang kita dapat gunakan untuk memajukan diri.

Syaratnya, kena banyak bersabar dan kena berani menerima kritikan. Jangan naik marah pula bila dikritik.

Turunkan ego dan sejukkan hati.

Kritikan memang boleh mengkondem motivasi kita tapi kalau kita tukar kritikan tu sebagai cara untuk kita belajar memperbaiki diri, kita akan menjadi semakin bersemangat bahkan semakin berani mendepani bermacam rupa kritikan, dari negatif sampailah ke tahap sangat negatif.

Elak untuk memandang negatif kerana kritikan kerana perbutan sebegitu akan melunturkan motivasi dalam diri kita. Biasanya, orang yang bermotivasi tak akan cepat naik marah bila dikritik.


Motivasi Kejayaan

Saturday, October 24, 2009

Fokus punya cerita

Minda kita cepat memberikan kita apa yang kita mahu apabila kita memfokus pada 1 perkara saja pada satu masa apatah lagi apabila kita sentiasa gembira. Idea-idea yang muncul ketika itu membuahkan strategi unik yang mungkin tak pernah terfikir oleh orang lain.

Macam kita fokus cahaya matahari pakai kanta pada sekeping kertas saja pada satu masa, sudah tentu kertas tu terbakar habis punya. Cuba kita fokuskan pada dua keping kertas secara berganti-ganti, 3 saat untuk satu kertas, rasa-rasanya boleh terbakar habis tak kedua-dua kertas tu?

Pada peringkat permulaan, usah nak terlalu tamak nak berjaya sangat dengan kadar cepat, kemudian banyak pula.

Bina dulu satu kejayaan pada satu masa. Bila dah berjaya dicapai, baru berpindah kepada perkara lain untuk membina kejayaan dalam bidang lain. Dalam masa yang sama, jangan abaikan perkara yang dulu.

Cuba kita ambik contoh dengan memandu dua buah kereta dalam satu masa yang sama, ke satu tempat yang sama. Apabila kita start dua kereta serentak, pastu kita drive dua-dua, peruntukkan 5 minit untuk satu kereta, rasa-rasanya boleh jalan dengan bagus tak?

Mungkin YA, mungkin tidak. Tapi ikut logik biasanya tidak, melainkan kita minta tolong ngan orang pandu kereta lagi satu.

Takkan kita nak pandu kereta ni, kita tinggalkan dulu pastu kita keluar untuk drive kereta lagi satu tadi tu? Dah tentu memakan banyak tenaga, menghabiskan banyak masa.

Begitu juga dengan usaha kita dalam kehidupan sebenar. Bina satu kejayaan dulu, tumpahkan semua usaha ke situ, cari ilmu untuk majukan diri dalam bidang tu kemudian pantau prestasi supaya semangat menjadi semakin jitu.

Motivasberjaya