Pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk meletakkan fokus dalam apa jua perkara yang anda ingin lakukan. Maksud fokus disini ialah menyelesaikan satu perkara yang ingin dilakukan. Jika anda melakukan dua perkara dalam satu masa, maka ia tidak boleh dikatakan fokus.
Fokus dapat memberikan banyak kelebihan kepada diri anda iaitu ia dapat meningkatkan produktiviti anda ketika melakukan sesuatu. Tidak percaya? Katakanlah anda kini sedang membaca artikel ini melalui desktop / laptop anda dan menumpukan sepenuh perhatian tanpa menghindarkan sebarang gangguan, saya pasti anda akan dapat memahami isi kandungan yang ingin saya sampaikan. Betul atau tidak?
Untuk kekal fokus, anda perlu mempunyai perancangan yang rapi dalam jadual harian anda. Serta mempunyai motivasi diri untuk melakukan tindakan. Saya akan kongsikan 3 perkara yang anda harus lakukan untuk kekal fokus.
1. Tuliskan “TO-DO” dalam kertas setiap hari
Dengan menulis apa yang harus anda lakukan setiap hari, anda kini telah merancang perjalanan kehidupan seharian anda. Ia juga dapat membina sifat disiplin dalam diri anda dan memaksimakan penggunaan masa anda apabila menjalani kehidupan seharian anda.
2. Apabila melakukan sesuatu, elakkan daripada berfikir benda lain (gangguan).
Perkara ini seringkali terjadi kepada saya (mungkin juga pada anda). Apabila kita melakukan sesuatu kerja, pasti ada gangguan. Disinilah ketahanan mental anda akan diuji. Anda perlu cuba sedaya upaya untuk mengelak gangguan tersebut daripada memanipulasikan diri anda.
3. Selesaikan kerja yang anda rancang
Ini merupakan perkara yang paling penting. Kini anda sudah merancang dan bertindak serta mengelakkan diri daripada gangguan yang tidak dikehendaki. Tetapi perkara yang paling kritikal ialah menghabiskan kerja yang anda rancang atau dengan erti kata lain “Finish what you have started”. Latih diri anda untuk menghabiskan kerja yang anda rancang. Saya akui pada mulanya agak sukar. Tetapi lama kelamaan anda akan biasa dengan keadaan sebegini dan percayalah, anda akan mula menyukainya.
sumber : Motivasi Kejayaan
No comments:
Post a Comment